Wednesday, January 21, 2009

: :TaNda-tanDa STESS si Kucinnn : :

Untuk mencuba memahami bagaimana kucing melihat dunia ini adalah sangat sukar. Kita melakukan yang terbaik untuk memberikan hidup yang selesa kepada mereka tetapi tidak semestinya kita mampu memenuhi keperluan mental individu kucing. Perubahan terhadap persekitaran rumah atau jadual waktu harian kita mungkin nampak remeh bagi kita, tetapi memberi impak yang besar terhadap kucing kita. Apabila mengalami stress, kucing akan menterjemahkannya kepada beberapa bentuk atau tanda-tanda.

Lawatan ke veterinari kadangkala membuatkan sesetengah kucing mengamuk, agresif dan ketakutan. Kebosanan pula membuatkan sesetengah kucing melakukan gigitan, mengunyah karpet, wayar elektrik, dan mencakar. Perilaku begini adalah tanda-tanda kucing meluahkan sesuatu terhadap sesuatu perubahan atau keadaan.

Ada sebahagian kucing yang menjilat-jilat bulunya secara keterlaluan sehingga terdapat tompok-tompok botak dan ruam pada badannya sebagai tindakbalas terhadap stress. Keadaan ini dipanggil psychogenic alopecia. Sebahagian kucing yang tertekan pula akan membuang najis di tempat lain dan melakukan spraying di serata dalam rumah. Namun begitu perlakuan seperti membuang najis di luar kotak najis juga merupakan tanda-tanda masalah kesihatan.

Kucing, adalah binatang, tidak seperti mana manusia yang dapat menghilangkan stress dengan cara berbual, menonton tv atau memetik gitar. Kebanyakan kucing dan binatang lain akan jatuh sakit apabila mereka mengalami stress. Berikan perhatian kepada kucing anda dan lihat jika ada perilaku yang berpunca daripada tanda-tanda stress. Pencegahan awal dapat mengelakkan perilaku yang tidak diingini dan dapat membuatkan kucing anda kembali gembira. JADI SAYANGILAH KUCING ANDA!!



thanks to feliscatus

1 comment:

  1. Arghhh!!!! wah.. comelnyer kucing ni... Mizi

    ReplyDelete